Sunday, September 1, 2024
HomeBERITAMalaysia kekal teratas dalam industri halal

Malaysia kekal teratas dalam industri halal

KUALA LUMPUR, 8 September – Selama sembilan tahun berturut-turut Malaysia berjaya mengekalkan tempat teratas dalam industri halal di peringkat antarabangsa.

Pencapaian itu berdasarkan Petunjuk Ekonomi Islam Global yang terkandung dalam laporan ‘State of the Global Islamic Economy 2022′, menandingi 81 negara lain.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri berkata penilaian tersebut dibuat berlandaskan inisiatif digitalisasi ekonomi, pembangunan infrastruktur halal serta peningkatan fokus kerajaan terhadap sekuriti makanan dan penjagaan kesihatan.

“Petunjuk Ekonomi Islam Global ini turut meramalkan bahawa pasaran halal akan berkembang daripada RM8.8 trilion (AS$2.09 trilion) seperti yang dilaporkan tahun lepas kepada hampir RM14 trilion (AS$3.27 trilion) menjelang 2028,” katanya.

Perdana Menteri berkata, peningkatan permintaan produk halal oleh komuniti antarabangsa dan juga peningkatan sektor e-dagang didorong oleh digitalisasi.

Sehubungan itu, operasi perniagaan pada masa kini perlu dijalankan dengan menggunakan kaedah dan pendekatan terkini.

Tegasnya, kaedah itu adalah suatu kemestian dan bukan lagi pilihan.

“Transformasi dan kepelbagaian dalam industri halal membolehkan perdagangan menjadi lebih berdaya saing dan seterusnya membantu memulihkan ekonomi,” tambahnya.

Perdana Menteri berkata, peningkatan permintaan produk halal oleh komuniti antarabangsa dan juga peningkatan sektor e-dagang didorong oleh digitalisasi.

Sehubungan itu, operasi perniagaan pada masa kini perlu dijalankan dengan menggunakan kaedah dan pendekatan terkini.

Tegasnya, kaedah itu adalah suatu kemestian dan bukan lagi pilihan.

Terdahulu beliau berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-18 (MIHAS 2022), hari ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments