Monday, July 15, 2024
HomeBERITAApple lancar iPhone 14

Apple lancar iPhone 14

CALIFORNIA, 8 September- Apple melancarkan telefon pintar baharu iaitu iPhone 14

Mengambil kira keadaan inflasi melanda dunia, Apple telah mengumumkan ia dijual pada harga sama dengan model terdahulunya.

Turut dilancarkan jam tangan digital premium dengan tanda harga semasa yang sepadan.

Walaupun pembentangan selama 90 minit di ibu pejabat syarikat di California tidak ada sebarang kejutan, syarikat teknologi gergasi itu memperkenalkan sistem pengenalan digital baharu yang tidak memerlukan kad sim fizikal.

“Melancarkan tiga produk teras baharu dalam ekosistem Apple di sebalik krisis rantaian bekalan terbesar dalam seharah moden adalah pencapaian besar bagi (Tim) Cook dan pasukannya, terutama dengan penutupan sifar COVID-19 di China pada April dan Mei lalu,” kata Ives.

Ciri-ciri baharu iPhone 14 termasuk bateri lebih tahan lama dan kapasiti fotografi untuk merakam babak ‘ultra lebar’ dan tetapan cahaya rendah.

Telefon itu turut mengandungi fungsi ‘SOS kecemasan’ untuk membolehkan pesanan dihantar kepada perkhidmatan kecemasan di luar liputan WiFi.

iPhone 14 Plus didatangkan dalam skrin gergasi 6.7 inci (17 sentimeter) yang menawarkan pengalaman lebih baik semasa bermain permainan atau menonton video.

Produk jam tangan digital baharu pula didatangkan dengan ciri-ciri dipertingkatkan.

Apple Watch Series 8, yang boleh memantau suhu badan dan fungsi badan lain, berharga AS$400.

Syarikat turut menampilkan Apple Watch Ultra, berharga AS$800, yang mengandungi bateri dengan jangka hayat mencukupi untuk atlet ‘menghabiskan triatlon jarak jauh’, menurut kenyataan akhbar Apple.

Penganalisis GlobalData Retail, Neil Saunders, menganggap tawaran baharu itu memberikan ‘naik taraf besar’ berbanding inovasi baharu.

Beliau menambah, Apple telah melakukan yang secukupnya untuk memacu permintaan dengan menarik pengguna supaya menaik taraf dan membiasakan diri dengan produk-produk baharu.

Telefon pintar terbaharu syarikat, iPhone 14, berharga AS$799 bagi model asas, harga sama dengan versi semasa, manakala model premium iPhone 14 Pro Max berharga AS$1,100.

Set produk yang dikemas kini, turut merangkumi fon telinga baharu, direka untuk memastikan pelanggan setia kepada ekosistem teknologinya yang menguntungkan.

“Apple meneruskan pertumbuhan mantap pada separuh pertama 2022, dipacu oleh pemintaan kukuh bagi iPhone 13, telefon pintar paling laris di seluruh dunia,” kata penganalisis Canalys, Le Xuan Chiew.

Keupayaan untuk mengekalkan harga iPhone mencerminkaan manfaat mempelbagaikan rantaian bekalan ke India selepas dasar COVID-19 sifar China menjejeskan pengeluaran di negara itu, kata penganalisis.

Penganalisis Wedbush, Dan Ives, berkata pelancaran itu menunjukkan kekuatan logistik Apple.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments