Sunday, May 26, 2024
HomeBERITARatu Elizabeth II mangkat

Ratu Elizabeth II mangkat

JUMAAT, 9 Sept – Ratu Elizabeth II, raja dan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).

Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, menurut kenyataan Istana Buckingham.
Serentak pengumuman itu, bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.
Memetik kenyataan rasmi Istana Buckingham berkata: “Permaisuri meninggal dunia dengan aman di Balmoral petang ini. “Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok”.
Lapor BBC News, kesemua anakanda baginda telah berangkat ke Balmoral, Aberdeen, selepas doktor meletakkan Ratu di bawah pengawasan perubatan.
Cucu baginda, Putera William, juga berada di sana, bersama abangnya, Putera Harry.
Untuk rekod Ratu menaiki takhta pada tahun 1952 dan menyaksikan perubahan sosial yang besar.
Pemerintahan Ratu Elizabeth merangkumi 15 perdana menteri bermula dengan Winston Churchill, lahir pada 1874, dan termasuk Liz Truss, lahir 101 tahun kemudian pada 1975, dan dilantik oleh Ratu awal minggu ini.
Sepanjang pemerintahan baginda mengadakan pertemuan mingguan dengan perdana menteri baginda.
Lapor BBC News di Istana Buckingham di London, rakyat jelata yang menunggu maklumat terkini mengenai keadaan Ratu mula menangis apabila mendengar berita kemangkatan baginda.
Ratu Elizabeth Alexandra Mary Windsor, dilahirkan di Mayfair, London, pada 21 April 1926.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments