Monday, May 20, 2024
HomeBERITAMalaysia dipilih jadi Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

Malaysia dipilih jadi Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Malaysia dipilih menduduki kerusi Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam Persidangan Plenipotentiary 2022 untuk penggal 2023-2026.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, yang memimpin delegasi Malaysia menyifatkan keputusan itu, satu penghormatan besar kepada Malaysia selaku negara peneraju dalam bidang telekomunikasi dan ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan seluruh anggota kabinet yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk Malaysia bertanding setelah gagal menduduki kerusi itu pada 2014.

Tan Sri Annuar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh keluarga K-Komm, SKMM dan kedutaan Malaysia di Romania atas segala sokongan, bantuan dan kempen sejak setahun lalu dalam usaha Malaysia menjadi ahli majlis.

“Terima kasih YAB PM, terima kasih YB MFA dan terima kasih jemaah Menteri atas restu untuk Malaysia bertanding setelah kita gagal 2014.

Terima Kasih YBhg Tan Sri Pengerusi SKMM,  semua keluarga KKOM, dan semua pegawai SKMM serta Puan Aznifa dan Puan Ku Hasanah Wisma Putra , TYT Tengku Datuk Ambasador, Kedutaan Malaysia di Romania dan Puan Amirah di atas segala sokongan, bantuan, sepanjang kempen Malaysia sejak setahun yang lalu dalam usaha kita untuk menjadi ahli Council. Kemenangan ini adalah kekuatan kita bersama di bawah pimpinan YAB PM dipersada antarabangsa,” katanya kepada The Malaya Post.

Bagi beliau kemenangan hari ini, adalah kekuatan kita bersama di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri di pentas antarabangsa.

Malaysia salah satu negara anggota dari zon Asia dan Australasia yang bersaing merebut 13 tempat mewakili zon berkenaan.

Malaysia mendapat 147 undi daripada 180 undi dan menduduki tempat ke-5 teratas

Keputusan itu diumumkan pada Persidangan Plenipotentiary 2022 di Bucharest, Romania yang bermula 26 September lalu.

Perkembangan ini mengukuhkan lagi perkembangan negara dalam bidang telekomunikasi dan ekonomi digital selari hasrat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), di samping memelihara kepentingan negara dalam isu-isu global berkaitan jurang digital dan keselamatan siber.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments