Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAEjen kosmetik, mangsa culik pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat

Ejen kosmetik, mangsa culik pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat

KOTA BHARU, 3 Oktober – Ejen jualan kosmetik Rosnazira Mohd Naim yang berjaya diselamatkan selepas diculik sekumpulan lelaki 13 September lalu selamat pulang ke pangkuan keluarga hari ini.

Lapor media Kelantan wanita berusia 36 tahun itu tiba di negeri ini awal pagi tadi dan keselamatannya dipantau pihak polis ke rumah mentuanya di Kampung Kelochor, di sini 2.50 petang tadi.

Turut mengiringinya Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Lapor media sebaik keluar dari kereta, wanita itu yang mengenakan blaus berwarna biru gelap terus menerpa kedua ibu bapanya yang menunggu di perkarangan rumah dalam keadaan menangis.

Sumber foto ehsan Harian Metro

Sesekali wanita itu yang mengenakan pelitup muka dilihat termenung dan menangis sebelum ditenangkan ahli keluarga seolah terkenang pengalaman ketika dalam tahanan.

Menurut Datuk Muhammad Zaki, mangsa mungkin mengalami tekanan emosi dan pihaknya sudah menjalankan sesi kaunseling bagi mengurangkan trauma yang dialami mangsa.

“Kes penculikan ini mendapat liputan meluas dan kita dengan bantuan semua pihak berjaya menyelamatkan mangsa dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan baik.

“Soal keselamatan mangsa selepas ini, keluarga perlu adakan perbincangan mengenai apa langkah seterusnya kerana tidak semestinya bergantung kepada polis semata-mata.

“Kes (penculikan) sudah selesai tapi kita ada banyak lagi yang perlu disiasat. Selagi ada perkara yang menyalahi undang-undang, polis akan siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada petang 13 September lalu, Rosnazirah turut dikenali sebagai Azi itu diculik di hadapan rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat oleh sekumpulan lelaki sebelum dibawa ke Thailand menerusi Sungai Golok.

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke negara ini pada 29 September lalu dengan kerjasama pihak polis negara ini dengan Polis Thailand.

Mengulas mengenai tujuh tangkapan sebelum ini, Muhamad Zaki berkata tiga daripadanya sudah dibebaskan manakala empat lagi masih ditahan.

“Mereka ditahan untuk dijalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) akta culik 1961,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments