Saturday, July 13, 2024
HomeBERITABuat hantaran komunikasi sumbang, pelakon didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok

Buat hantaran komunikasi sumbang, pelakon didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok

Kuala Lumpur, 3 Oktober – Seorang pelakon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, esok, atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini berkata, pelakon itu akan didakwa pada 9 pagi.

“Pelakon berkenaan akan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu klip video bersifat sumbang,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments