Monday, July 15, 2024
HomeBERITA'Azmin kurang ajar, penipu besar' - Mukhriz Mahathir

‘Azmin kurang ajar, penipu besar’ – Mukhriz Mahathir

TAMAN TUN DR ISMAIL, 3 Oktober – Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir menemplak tindakan  Azmin Ali dan menyifatkannya sebagai “kurang ajar” kerana mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan Perdana Menteri kerana sikap “pelupanya”.

Mukhriz turut mempersoalkan kesahihan dakwaan Azmin yang kononnya beliau “bersembang selama dua jam dengan Tun Dr Mahathir untuk membincangkan episod Langkah Sheraton”, baru-baru ini.

“Azmin memang penipu besar. Dengan pemimpin penipu macam ini, rakyat wajib tolak,” tulis Ahli Parlimen Jerlun itu, di Instagram miliknya.

 

Terdahulu MalaysiaGazzette melaporkan, Azmin ketika melancarkan persidangan dan jentera pilihan raya Bersatu Selangor, mendakwa Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020 kerana sikap pelupanya.

Beliau dipetik berkata, perkara itu didedahkan selepas mengadakan pertemuan bersama negarawan negara itu, baru-baru ini.

“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).

“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.

“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin mengulangi percakapan Mahathir di hadapan lebih 3,000 ahli PN, pada majlis di Shah Alam.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments