Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAMalaysia antara negara paling banyak menjalankan ujian saringan

Malaysia antara negara paling banyak menjalankan ujian saringan

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak kementerian telah menjalankan usaha pemurnian data-data berkaitan COVID-19.

Melalui hasil kerjasama KKM dengan beberapa agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), satu sistem pangkalan data telah dibangunkan dan sistem ini dikenali sebagai eCOVID, di mana ianya dapat memastikan pengumpulan data daripada lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

SISTEM INFORMASI DAN PANGKALAN DATA MAKMAL BAGI UJIAN COVID-19 DIPERTINGKATKAN UNTUK PELAPORANKES COVID-19 YANG…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 15 Mei 2020

Penyeragaman sistem data makmal dari kesemua makmal COVID-19 (iaitu makmal-makmal KKM, universiti, MOSTi, hospital angkatan tentera dan juga makmal swasta) pula telah dipertingkatkan dengan menggunakan Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

Sistem ini telah dibangunkan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan telah mula digunakan oleh kesemua makmal COVID-19 mulai pertengahan April 2020.

Ini adalah merupakan satu pencapaian yang baik berbanding dengan sebelum ini, yang mana data dari lapangan dan makmal telah dilaporkan secara manual.

Dilaporkan sebanyak 297,342 individu telah menjalani ujian COVID-19 dan 6,819 daripada jumlah terbabit disaring positif (iaitu kadar positif adalah sebanyak 2.29 peratus).

Dengan penggunaan sistem pengumpulan data yang lebih baik ini, KKM memaklumkan bahawa sehingga 15 Mei 2020, jam 12 tengah hari, KKM telah menyaring sebanyak 424,306 individu.

Seramai 6,855 orang positif COVID-19, 417,451 orang negatif dan ini menjadikan kadar positif adalah sebanyak 1.62 peratus.

Manakala, bilangan individu yang disaring adalah sebanyak 13 orang bagi 1,000 orang populasi.

Ini menunjukkan Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan ujian saringan COVID-19 yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN yang lain.

Saringan COVID-19 ini dijalankan secara tertumpu (targeted screening) kepada kumpulan-kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Pemurnian data ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk tujuh makmal swasta.

KKM amat mengharapkan agar kerjasama dari makmal-makmal ini dapat diteruskan dan semua data yang berkenaan dapat diberikan atas kepentingan negara dalam menghadapi wabak COVID-19.

 

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments