Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAGSC nafi kerusi panggung wayang berkulat

GSC nafi kerusi panggung wayang berkulat

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Seri Mazlan Lazim menafikan dakwaan bahawa kawasan Pudu diisytiharkan sebagai kawasan PKPD.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan PDRM dan ATM mengepung sekitar kawasan Pudu dengan kawat berduri adalah sebagai tindakan mempertingkatkan kawalan pergerakan bagi membolehkan saringan COVID-19 dilaksanakan di kawasan terbabit.

[16 Mei 2020, 10:00 pagi]PEMAKLUMAN BERITA PALSUBerikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.#COVID19#DudukRumah#MCMC#NormaBaharu#Sebenarnyamy#TidakPastiJanganKongsi

Dikirim oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Jumat, 15 Mei 2020

Selain itu, pihak pengurusan Golden Screen Cinemas (GSC) menafikan gambar kerusi berkulat yang tular dalam media sosial adalah kerusi di panggung wayang milik GSC susulan penutupan operasi sejak PKP dikuatkuasakan.

GSC menjelaskan sejak hari pertama PKP dilaksanakan, pihaknya memastikan peralatan dalam panggung sentiasa terpelihara dan berfungsi dengan baik demi keselesaan pelanggan.

Pihaknya turut melakukan pemeriksaan pencegahan kulat/kelapuk pada tempat duduk dan premis panggung.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk merujuk Telegram Rasmi MKN (https://t.me/MKNRasmi) untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

#tidakpastijangankongsi

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments