Saturday, June 15, 2024
HomeBERITA9 langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan pengamal media ketika bertugas

9 langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan pengamal media ketika bertugas

Media merupakan antara ‘frontliners’ dan antara petugas barisan paling hadapan terpenting sepanjang tempoh pandemik.

Melalui laporan yang tepat dan sahih, masyarakat dapat mengetahui informasi terkini dengan mudah.

Demi keselamatan dan kesihatan petugas media, mereka tidak terkecuali dari perlu mematuhi arahan norma baharu ketika menjalankan tugasan.

Berikut merupakan langkah pencegahan yang boleh dilakukan oleh petugas media, antaranya :

1. Mantra.

Sentiasa ingat bahawa tugas anda adalah untuk melaporkan berita.

Elakkan menjadi sebahagian dari tajuk berita utama apabila anda dijangkiti dan menyebabkan penyebaran virus Corona.

Ini merupakan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat.

2. Penjarakkan sosial.

Kekalkan penjarakkan sosial antara wartawan dan jurukamera serta individu yang anda temuramah.

Elakkan berkerumun dan bersesak semasa mendapatkan berita.

3. Sentuhan fizikal.

Elakkan penggunaan mikrofon dan peralatan yang ada sentuhan fizikal seperti mikrofon berklip.

Gunakan peralatan yang boleh dipegang dari jarak jauh.

4. Kawalan kebersihan alatan kerja.

Elakkan meletakkan peralatan media di bawah lantai.

Bayangkan selepas itu anda gunakan ia dan bersentuhan dengan wajah.

5. Penjagaan kebersihan alatan kerja.

Bersihkan dan disinfeksi peralatan selepas ia digunakan.

6. Kepentingan topeng muka.

Sentiasa gunakan topeng muka. Ingat, anda adalah frontliners dan tidak terkecuali dari mendapat jangkitan.

7. Pemilihan kawasan media yang sesuai.

Mohon sebarang sidang media untuk dilakukan di bilik yang luas dan lapang.

Pastikan ia mempunyai sistem pengudaraan yang lancar.

8. Jangan lupa ‘hand sanitiser’.

Gantung hand sanitizer di leher. Juga simpan satu di beg galas anda. Gunakan sekerap yang mungkin.

9. Kawasan kerja yang sesuai.

Pilih bilik operasi yang tidak sesak untuk melengkapkan pelaporan berita anda.

Ini adalah norma baru dalam pelaporan media, paling utama elakkan situasi bersesak-sesak semasa melaporkan berita.

Sesama pengamal media juga perlu saling mengingati, kita jaga kita dan terus patuh SOP kawalan kendiri ya!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2631295910493598&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments