Sempadan maritim, darat dan ruang udara dikawal ketat

0

Pihak berkuasa telah memperketatkan kawalan di sempadan maritim, darat dan juga di ruang udara.

Ini bagi mengelak pendatang tanpa izin membolosi sempadan negara melalui ‛lorong-lorong tikus’ sekaligus membawa masuk wabak COVID-19.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diberi mandat untuk menyelaras operasi kawalan ini bersama-sama agensi penguatkuasaan keselamatan lain yang dikoordinasikan di bawah satu agensi penyelarasan iaitu dinamakan sebagai National Task Force (NTF).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2426410774128481&id=1452870318149203&sfnsn=mo

Kawalan ini dilakukan sepanjang masa bagi memastikan ketenteraman dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara.

Antara agensi-agensi yang terlibat dengan pemantauan dan kawalan ini adalah:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM)

2. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

3. Kementerian Kesihatan Malaysia

4. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

5. Jabatan Imigresen

6. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Turut ikut serta dalam operasi bantuan luar dan atur gerak agensi lain adalah:

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

2. Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

3. Jabatan Laut Malaysia

4. Jabatan Kastam

5. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

 

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply