Monday, May 20, 2024
HomeBERITAMahu secantik Neelofa? Ayuh baca rahsia kecantikan Neelofa

Mahu secantik Neelofa? Ayuh baca rahsia kecantikan Neelofa

Siapa tidak kenal figura cantik dan popular, Noor Neelofa Mohd Noor. Lebih dikenali sebagai Lofa punyai bakat besar sebagai pengacara dan pelakon, bekas Dewi Remaja 2009/2010 ini turut menjadi idola ramai.

Bukan hanya bersandarkan rupa paras dan gayanya yang tersendiri, malah kejayaan demi kejayaan yang dicapai selama bergelar seorang usahawanita amat dikagumi ramai.

Berdarah campuran Pakistan Arab dan Siam, gadis kelahiran Kelantan ini tidak lokek berkongsi tips kecantikan dan kesihatan yang menjadi amalan sehariannya.

Jom kita tengok dan cuba. Manalah tahu perkongsian kami ini bermanfaat kepada anda dan menjadi cantik seperti gadis kecik molek ini !

1. Ada ikon kecantikan

Apabila kita mempunyai ikon, tak kiralah untuk kecantikan atau kejayaan, sedikit sebanyak menggalakan kita berusaha mendapatkan atau mencapai kejayaan sepertinya.

Bagi Neelofa, dia memilih Charlize Theron, Miranda Kerr dan Nadya Hutagalung sebagai ikon kecantikannya.

2. Minum air kosong sahaja

Bila tekak dah biasa dengan air kosong, kita menolak untuk minum air lain. Air kosong lebih refreshing. Hmmm, anda boleh?

3. Bersihkan wajah

Setiap kali tugasan selesai, pastikan wajah dicuci bersih dengan cleansing oil. Gadis manis ini lebih suka wajahnya bebas berehat tanpa solekan jika tiada keperluan.

4. Ice therapy

Dipercayai rawatan ini mampu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit akan tampak segar dan berbeza selepas rawatan walaupun tanpa solekan.

5. Jangan tinggal supplement

Penting untuk dalaman dan kecantikan kulit. Bella Vita adalah antara supplement yang diamalkan Neelofa.

6. Kawal kuantiti makanan

Kata Neelofa, makanlah apa saja yang diingini, tapi kawal kuantitinya.

Tahukah anda, kita tidak digalakkan makan pada jam 4 petang atau ketika matahari tegak di atas kepala. Kenapa? Metabolisme badan sangat tinggi pada waktu itu. Jadi, apa yang kita makan akan cepat hilang dan kita akan rasa lapar walaupun sudah makan.

7. Kurangkan pengambilan makanan selepas jam 7 malam.

8. Amalan roti bakar dan buah buahan adalah baik serta elakkan makanan terlalu berminyak.

9. Minyak argan bagus untuk kesihatan akar rambut agar lembap dan sihat.

10. Senaman

Bersenam di gym, bermain badminton, berenang dan kick boxing adalah aktiviti riadah kegemaran Neelofa dan akan meluangkan masa untuk senaman ini sekarang-sekurangnya 3 atau 4 kali seminggu.

Nah, sekarang anda dah tahu antara amalan kecantikan si cantik Neelofa.
Apa lagi? Jom cuba ???????? –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments