Friday, November 20, 2026
HomeBERITAKini BigPay membolehkan anda memindahkan wang ke India, Nepal dan Bangladesh.

Kini BigPay membolehkan anda memindahkan wang ke India, Nepal dan Bangladesh.

BigPay, Mastercard prabayar oleh AirAsia telah memperluaskan perkhidmatan penghantarannya ke tiga buah negara lagi.

Selepas memperkenalkan pemindahan antarabangsa ke Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand, BigPay kini membolehkan anda menghantar wang ke India, Nepal dan Bangladesh.

BigPay adalah sebuah syarikat teknologi kewangan yang fokus dalam ASEAN, yang mahu mendemokrasikan perkhidmatan kewangan di rantau ini.

Daftarlah sekarang !

“REFERAL CODE : ZRD9WVZKWB”

Mengikut jenama prabayar digital, BigPay telah memproses berjuta-juta pemindahan antarabangsa sejak September 2019.

BigPay mengenakan bayaran tetap setiap koridor dengan kadar pertukaran kompetitif yang membantu mengurangkan kos dan kesukaran menghantar wang ke luar negara.

Pada masa ini, BigPay mengenakan bayaran RM0.50 untuk pemindahan bank tempatan di Malaysia dan RM5.00 setiap pemindahan ke Indonesia, Singapura dan India.

Pemindahan ke Nepal dan Bangladesh akan dikenakan biaya RM6.00, Filipina pada RM8.00 dan Thailand RM13.00.

Pemindahan antarabangsa yang pertama ditawarkan secara percuma. Bergantung kepada negara, pemindahan dana mungkin mengambil masa antara lima minit sehingga dua hari waktu bekerja.

BigPay akan terus menambah lebih banyak negara tidak lama lagi dan mereka juga sedang berusaha untuk menawarkan wang tunai di pasaran terpilih.

BigPay juga merupakan sebagai penerbit e-money terbesar di Malaysia dengan nilai urus niaga kasar.

Daftarlah sekarang !

“REFERAL CODE : ZRD9WVZKWB”

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments