Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAPPSMI akan dilaksanakan kembali dalam sistem pendidikan negara - PM

PPSMI akan dilaksanakan kembali dalam sistem pendidikan negara – PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan berkata akan melaksanakan semula dasar Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke dalam sistem pendidikan di negara ini.

“Pembelanjaran Sains dan Matematik kebanyakannya datang dari luar negara dan ia dipelajari dalam Bahasa Inggeris.”

Justeru itu selaku Pemangku Menteri Pendidikan, Dr Mahathir menyarankan penggunaan Bahasa Inggeris untuk kedua mata pembelajaran tersebut.

“Itu bermaksud kita tidak akan mengelirukan rakyat kerana kita mendapati mereka yang belajar Sains dalam Bahasa Melayu sukar untuk mendapatkan pekerjaan di tempat Bahasa Inggeris digunakan.

“Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran adalah juga merupakan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan generasi baharu serta mempercepatkan usaha menjadikan Malaysia negara maju dan berilmu,” katanya.

Berbicara lanjut, beliau turut menyatakan mempunyai beberapa idea untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara ini.

“Tetapi saya merasakan perlu untuk melaksanakan beberapa perkara ini bagi memastikan anak-anak kita dapat membesar, dan mampu menyelesaikan masalah yang akan dihadapi mereka sewaktu dewasa kelak. Itulah tujuan sebenar pendidikan.”

Terdahulu, PPSMI telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 2002 sebelum ia mula dilaksanakan secara penuh di seluruh negara pada 2008.

Malangnya, terdapat beberapa pihak seperti parti politik, ibu bapa dan cendekiawan yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu dan ia terpaksa dimansuhkan secara berperingkat pada 2012. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments