Friday, May 10, 2024
HomeBERITAMahkamah tolak permohonan Trump, kes dibicara 25 Mac depan

Mahkamah tolak permohonan Trump, kes dibicara 25 Mac depan

Mahkamah hari ini menolak permohonan Donald Trump untuk mengenepikan tuduhan jenayah berkaitan bayaran ‘menutup mulut’ kepada seorang bintang filem lucah.

Ia sekali gus membuka laluan bagi perbicaraan jenayah pertama yang melibatkan bekas Presiden AS.

Hakim Juan Merchan menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan kes itu, satu dari empat tuduhan jenayah yang dihadapi Trump dalam upaya memperoleh pencalonan Republikan bagi mencabar calon Demokrat, Presiden Joe Biden menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), 5 November depan.

Trump, yang kini berusia 77 tahun, memohon kepada Merchan untuk mengenepikan 34 pertuduhan yang dihadapinya, termasuk dakwaan memalsukan rekod perniagaan untuk mengaburi bayaran AS$130,000 (RM621,465) kepada pelakon filem lucah, Stormy Daniels, sebelum pilihan raya 2016.

Trump sekali lagi menyatakan bahawa kes tersebut bermotifkan politik. “Mereka tidak akan membawa kes ini ke mahkamah kecuali kerana saya akan bertanding untuk jawatan presiden dan melakukannya dengan baik,” katanya di luar bilik mahkamah.

Sekiranya mahkamah menafikan usul Trump untuk menolak, Merchan akan menentukan sama ada perbicaraan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Jadual politik dan undang-undang Trump semakin bertindih menjelang pencalonan semula diramal menentang Biden yang menewaskannya pada pilihan raya 2020.

Dalam perbicaraan mahkamah yang berasingan pada Khamis, peguam Trump meminta hakim di Georgia membatalkan kelayakan pendakwa raya dan beberapa sekutunya yang mendakwa Trump dengan jenayah cubaan membatalkan kekalahan pada pilihan raya 2020 di negeri itu.

Pendakwa raya, Fani Willis, sebelum ini mengakui mempunyai hubungan romantis dengan seorang peguam dalam pasukannya.

Trump juga berdepan pertuduhan di mahkamah persekutuan di Washington seiring usaha membatalkan kekalahan pilihan rayanya dan di Florida atas kesalahan pengendalian dokumen sulit.

Trump mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan.

Kes di Manhattan tertumpu kepada bayaran AS$130,000 (RM621,465) bekas peguam Trump Michael Cohen kepada Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford.

Ia bagi menghalang wanita itu daripada bercakap secara terbuka sebelum raya 2016 mengenai pertemuan seksual yang didakwa bersama Trump sedekad sebelumnya.

Trump menafikan perkara itu.

Cohen mengaku bersalah pada 2018 kerana melanggar undang-undang kewangan kempen persekutuan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments