Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAJENAYAHMahkamah Persekutuan menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan semakan semula...

Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan semakan semula penghakiman terhadap sabitan mati ke atas Azilah

Susulan permohonan semakan semula terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan membabitkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri terhadap sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan itu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azniza Mohd Ali menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes di hadapannya di dalam kamar.

Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun dan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail memberitahu mahkamah memberi masa kepada kedua-dua pihak untuk memfailkan afidavit dan afidavit balasan kepada permohonan itu sebelum pendengaran pada 20 April.

Norinna berkata pemohon iaitu Azilah Hadri memfailkan permohonan minggu lalu bersekali dengan afidavit yang mengandungi Akuan bersumpah (SD) untuk menyokong permohonannya.

Beliau berkata pendakwaan akan meneliti afidavit dan SD itu sebelum menjawab afidavit pemohon

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments