Lukisan mural wajah tujuh Perdana Menteri tersergam indah di Kuala Terengganu

0

Jika di Gunung Rushmore, Amerika Syarikat terdapat empat arca Presiden.

Di Kuala Terengganu pula , tujuh potret wajah Perdana Menteri Malaysia tersergam indah pada dinding Dewan Tunku Abdul Rahman dan menjadi tarikan terbaharu di negeri pantai timur ini.

Projek seni yang melibatkan empat anak jati Terengganu terdiri daripada Ku Bad, Wan, Janggot dan Fahmi.

“Credits goes to teamwork and full understanding. Wan dengan segala urusan penyediaan sehinggalah rough sketching direct ke dinding, Janggot dengan penuh ketelitian tiap wajah Perdana Menteri, Fahmi dengan segala kerja memadam dan membaikki semula.. Bahagian diri takdok la besor mana, detail pakaian je bahagian “streka” baju (dengan cat hitam) dan buat tie, tapi yang paling saya suka sangat-sangat sebenornya adalah memakaikan Tengkolok pada PM 1(kerja mengarang dan memperincikan motif songket) kerana hanya Beliau satu-satu nya PM disitu yang kekal dengan pakaian Melayu nya..”.

View this post on Instagram

Alhamdulillah saya merakamkan kesyukuran diatas pluang ini untuk mengabadikan 7 Perdana Menteri Malaysia kita di salah sebuah bangunan yang bersejarah di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh PM ke dua, bersempena Nama Bapa Kemerdekaan Kita Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj..Secara peribadinya, ini adalah sebuah penghargaan besar buat saya selaku orang yang mengaji dan mengkaji sejarah Bangsa Mim ini. Apalagi menjayakannya dengan kumpulan @redrebels_army . Credits goes to teamwork and full understanding. Wan dengan segala urusan penyediaan sehinggalah rough sketching direct ke dinding, Janggot dengan penuh ketelitian tiap wajah Perdana Menteri, Fahmi dengan segala kerja memadam dan membaikki semula.. Bahagian diri takdok la besor mana, detail pakaian je bahagian “streka” baju (dengan cat hitam) dan buat tie, tapi yang paling saya suka sangat-sangat sebenornya adalah memakaikan Tengkolok pada PM 1(kerja mengarang dan memperincikan motif songket) kerana hanya Beliau satu-satu nya PM disitu yang kekal dengan pakaian Melayu nya..Sama se das sehari boleh siap dang semangat gok 😅. Adalah penghargaan besar dan kenangan yang tak dapat dilupakan.. Terimakaseh jugok pada kawan-kawan semua yang rajin mari hari-hari support kami dan menceriakan suasana dari petang sampai lewat malam. Tak lupa juga pada geng bawang-bawang tempatan saya juga yang sanggup panjat staging teman aku sembang. apapun setiap permulaan pasti akan ada penghujungnya buat saya, dan saya doakan semoga RR terus maju dan jaya! *ps: ambe ada selit “Easter Eggs” dalam beberapa tokoh PM kita(Pembayangnya/Clue: berkaitan dengan latarbelakang tokoh tersebut) nanti siapa yang berkelapangan boleh pergi Dewan Tunku Abdul Rahman dan jangan lupa Tag ambe! Intiha Al-Kalam, RBHS

A post shared by راج بدرالدين حاكيم شه (@kubad_) on

“Sama se das sehari boleh siap dang semangat gok ????. Adalah penghargaan besar dan kenangan yang tak dapat dilupakan.. Terimakaseh jugok pada kawan-kawan semua yang rajin mari hari-hari support kami dan menceriakan suasana dari petang sampai lewat malam. Tak lupa juga pada geng bawang-bawang tempatan saya juga yang sanggup panjat staging teman aku sembang” tulis Ku Bad yang juga anak kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Dikenali sebagai Red Rebel Art Squad , kumpulan anak muda berbakat besar memulakan kerja seni ini pada 9 Januari lalu dan mengambil masa kira-kira kurang sebulan untuk menyiapkan lukisan mural yang kemas dan terperinci.

Hasil karya berkenaan menelan kos sebanyak RM30,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurut Ku Bad, meskipun pada awalnya ia terlihat sebagai sebuah bangunan lama dan lusuh, namun jika ianya dipandang dari perspektif yang berbeza, dari sudut mata pandangan orang yang menghargai hasil kerja berkenaan ditambah melihat pada ‘angle’ yang betul, ternya ia sangat cantik dan unik!

Dengan hasil kerja seni ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak muda supaya menghargai jasa pemimpin-pemimpin negara tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi politik masing-masing.

Nampaknya kini Terengganu mempunyai tarikan terbaharu untuk bergambar, atau mungkin berswafoto.

Sebarkan keindahan ini di laman media sosial anda!

Jom ke Teganu kiter!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply