Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Penambahan satu kes baharu libatkan warga emas Amerika Syarikat

COVID-19 : Penambahan satu kes baharu libatkan warga emas Amerika Syarikat

Statistik semasa di seluruh dunia COVID-19 yang dikeluarkan oleh WHO pada jam 10 malam, Sabtu mendapati terdapat penambahan satu kes baharu di Malaysia.

Status terkini yang meningkat menjadi 22 kes merupakan seorang wanita berusia 83 tahun warganegara Amerika Syarikat.

Ujian saringan pengesanan yang dijalankan dilaporkan sah positif COVID-19 pada 15 Februari, manakala suaminya, 85 negatif.

Warga AS kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad isolasi hospital Sungai Buloh bagi pemeriksaan lanjut.

Mangsa merupakan salah seorang penumpang kapal persiaran yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari dan mengambil penerbangan ke Malaysia pada 14 Februari 2020.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments