Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAKenali kulit anda terlebih dahulu sebelum memilih skincare

Kenali kulit anda terlebih dahulu sebelum memilih skincare

Setiap orang memiliki jenis kulit wajah yang berbeza. Sangat penting untuk anda mengetahui jenis kulit sebelum memilih produk penjagaan yang sesuai.

Ini kerana teknik penjagaan kulit adalah berbeza mengikut jenis-jenis kulit tertentu.

Nah, ketahui 5 jenis kulit wajah agar anda tidak tersalah memilih sesuatu produk.

1) Kulit Normal

Umumnya, kulit terlihat bersih tanpa minyak atau tidak kering dan tidak mempunyai sebarang cela. Disarankan guna produk berasaskan minyak.

2) Kulit Kering

Kondisi kulit yang kering dan kekurangan lembapan. Ia mudah menggelupas, terasa kasar dan kelihatan kusam. Cenderung untuk ditumbuhi jeragat atau pigmentasi. Ia juga boleh mempercepatkan proses penuaan & kedutan. Gunakan produk berasaskan minyak.

3) Kulit Berminyak

Terasa berminyak di seluruh wajah dan mudah ditumbuhi jerawat. Mempunyai liang pori yang besar dan bintik hitam. Gunakan produk bebas minyak.

4) Kulit Sensitif

Mudah mengalami masalah kulit. Kelihatan nipis, kulit akan kemerahan apabila terkena sinaran matahari, memakai produk mengandungi bahan kimia atau alah kepada habuk.

5) Kulit Kombinasi

Campuran kering dan berminyak pada bahagian tertentu pada wajah, contonhnya kering di bahagian pipi tetapi berminyak di kawasan T-zone. Kadangkala penumbuhan jerawat akan berlaku. Kedua-dua produk berasaskan minyak atau bebas minyak sangat sesuai untuk kulit jenis ini.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments