Friday, May 10, 2024
HomeBERITAKulit wajah berminyak? Kami share jenis pelembap yang sesuai untuk kulit anda

Kulit wajah berminyak? Kami share jenis pelembap yang sesuai untuk kulit anda

Tahukah anda kulit muka berminyak juga perlukan pelembap?

Ramai yang beranggapan kulit muka berminyak tidak perlu memakai pelembap ini kerana mereka bimbang wajah akan bertambah lebih berminyak.

Namun ia ternyata salah kerana fungsi pelembap sebenarnya adalah untuk mengurangkan air yang terkandung dalam kulit wajah dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit.

Sama ada kulit berminyak, kering atau berjerawat, pendek kata semua jenis kulit tidak boleh ‘skip’ memakai pelembap sebagai rutin harian penjagaan kulit.

Persoalannya, macam mana ingin tahu pelembap yang terbaik untuk anda?

Bagi kulit berminyak anda perlu memilih pelembap yang berteksturkan gel kerana formula ini berasaskan air dan bebas minyak serta ringan dan mudah diserap ke dalam kulit.

Formula bebas minyak adalah terbaik untuk jenis kulit yang berminyak atau kulit berjerawat sebab ia akan menghidratkan kulit tanpa menyebabkan pori-pori tersumbat.

Tak tahu nak pilih jenama pelembap yang mana?

Disini kami sertakan beberapa jenama pilihan yang sesuai untuk kulit anda.

1) Sendayu Tinggi 72hr Moistx Ultra Hydrating Gel

2) Wardah Acne Perfecting Moisturizer Gel

3) Kiehl’s Ultra Facial Oil Free Gel Cream

4) Sebamed Clear Face Care Gel

5) True Island Alaska Gracier Water Aqua Gel Cream

Kelima-lima jenis dan jenama pelembap ini boleh dibeli di farmasi atau ‘drugstore’.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments