Mula dikenali sebagai ahli kumpulan EXO pada tahun 2012, memegang posisi sebagai rapper, Oh Se-hun bukan sahaja bergiat aktif dalam industri muzik malah dia juga salah seorang sukarelawan membantu dalam kerja-kerja amal di Korea.
Baru-baru ini, bintang K-pop berkenaan dilaporkan telah membuat sumbangan besar kepada sekolah rendahnya dahulu.
Seoul Mangu Elementary School also hung up an appreciation banner to thank Sehun for his recent donation to the school!
“🎗Thanks to | EXO Oh Sehun (30th) Scholarship Donation of 20 Million ₩ | Congratulations 🎗
Seoul Mangu Elementary School”
A literal angel & role model~👏🏼 pic.twitter.com/TkrKnbILVE
— 캐리~♡❄️ (@xunhuas) February 12, 2020
Oh Se-hun atau cukup mesra dipanggil Sehun telah mendermakan sumbangan peribadinya bernilai 20 juta Won ke Sekolah Rendah Seoul Mangu.
Sumbangan itu akan digunakan sebagai biasiswa dan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik dan cemerlang.
Terdahulu, Sehun turut membantu menghulurkan sumbangan kepada pusat penjagaan kanak-kanak dan bayi Eden I Vile.
Bahkan, penyanyi dan pelakon Korea ini juga tidak ketinggalan menjadi sukarelawan di pusat kebajikan kanak-kanak Sun Duk Home pada Hari Kanak-Kanak setiap tahun.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply