Saturday, October 19, 2024
HomeBERITALubang besar atas jalan akibat tanah mendap

Lubang besar atas jalan akibat tanah mendap

Butterworth, 2 Oktober – Jalan Bagan Lalang terpaksa ditutup sementara atas faktor keselamatan berikutan wujudnya lubang besar akibat tanah mendap.

Menurut satu kenyataan media Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Utara, pihaknya menerima aduan daripada pengguna jalan raya berhubung lubang itu pada 4.30 petang.

“Pengguna beritahu menemui lubang besar pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).

Menurut kenyataan itu, JKR akan menyediakan laluan alternatif sekiranya perlu.

“Pada masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan,” katanya.

Terdahulu, gambar jalan berlubang itu tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya dan mendesak pembaikan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments