SHAH ALAM, 2 Oktober – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mencabar seorang ahli politik untuk bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Azmin berkata, ahli politik itu juga boleh menghantar isteri atau anaknya sekalipun untuk kerusi parlimen itu.
“Ada orang sudah minat nak datang Gombak, silakan… Gombak terbuka, saya anak jantan.
“Tapi kalau berani, dia sendiri bertanding di sini (Gombak),” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Persidangan Bahagian-bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di Glenmarie Hotel and Golf Resort di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama ahli politik itu, namun menegaskan bahawa individu itu sudah tidak relevan lagi.
Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson dan berkemungkinan bertanding di Parlimen disandang ‘pengkhianat’ PKR dan Pakatan Harapan (PH).
Dalam pada itu, Azmin pada sidang akhbar selepas majlis tersebut memaklumkan bahawa kepimpinan tertinggi Bersatu akan menetapkan sama ada akan bertanding di Gombak atau sebaliknya.
“Saya bersedia bertanding di mana-mana sekiranya diminta oleh pihak parti,” ujarnya.
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply