Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITABubar Parlimen: Hak prerogatif PM untuk persembah pada Agong - Pemuda...

Bubar Parlimen: Hak prerogatif PM untuk persembah pada Agong – Pemuda UMNO Kapar

Oleh: Muhammad bin Noor Azman

Dulu, cerita politik ini kita hanya dengar di warung-warung kopi. Bezanya sekarang, kita dah mula dengar perbualan yang sama di Starbucks dan McD oleh anak-anak muda sejak Undi 18 diluluskan.

Senang cerita, politik semasa negara dan rakyat jelata tidak dapat dipisahkan. Setelah berbulan, sembang-sembang di kedai mamak atau kicauan di Twitter adalah tentang “bila PRU-15?”.

Tapi, sebelum kita bercerita tentang pilihanraya bila, kita kena tahu dulu bila tarikh pembubaran Parlimen dan apa prosesnya.

Pertama sekali, dalam Perlembagaan Persekutuan, pembubaran Parlimen adalah atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Jika pembubaran ingin dilakukan lebih awal, ianya perlu dibawa dahulu kepada YDPA.

Inilah yang menjadi perbualan hangat sekarang.

Adakah YAB Perdana Menteri kita mempunyai “sole prerogative” untuk membawa perkara ini kepada YDPA ataupun adakah beliau terikat dengan persetujuan Jemaah Menteri?

Kalau tanya Menteri-Menteri daripada Bersatu, mereka akan kata, mestilah perlu persetujuan kabinet dulu! Kitakan satu “coalition”. Mereka kata lah. Bila cerita pasal bab ni, mereka kata “coalition” tapi kalau bab lain, mereka bantai UMNO seolah-olah bukan “coalition”. Pelik-pelik.

Tapi tak mengapa, kita bincangkan. Betul ke bahawa untuk mengemukakan pembubaran kepada YDPA ianya memerlukan persetujuan kabinet dahulu.

Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri ATAU nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri. Siapa Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri? Perdana Menteri kita lah!

Dan, perkataan yang perlu diberi fokus disini adalah perkataan “atau”. Perkara 40(1) dah kata, sama ada kabinet ATAU Perdana Menteri. Tak pun disebut bahawa Perdana Menteri kena dapatkan persetujuan kabinet. Jadi, Perdana Menteri boleh sahaja membawa perkara ini kepada YDPA tanpa persetujuan Jemaah Menteri.

Kemudiannya, mengikut konvensyen pula, Perdana Menteri sebelum-sebelum ini pun hanya sekadar memaklumkan saja kepada kabinet bahawa beliau akan membawa pembubaran kepada YDPA. MEMAKLUMKAN sahaja. Bukan persetujuan.

Perlembagaan ✅
Konvensyen ✅

Buat YAB Perdana Menteri, don’t worry sir. Jangan takut dengan mereka daripada Bersatu ini. After all, bila dah PRU nanti, mereka ni juga yang akan bantai you, sir!

Nak bawa kepada YDPA tentang pembubaran, it is your sole prerogative sir!

Tapi kalau lah mereka ni tiba-tiba bangkitkan tentang “collective responsibility”, boleh je bagitau mereka, their failures are their own. Yang perform dalam Kerajaan ni Menteri dari UMNO. Yang banyak fail tu Menteri dari Bersatu. Jadi tak perlu sembang tentang perkara tersebut.

Apa-apa pun, saya yakin Dato’ Sri akan lakukan yang terbaik; buat negara dan parti. Kami, ahli-ahli UMNO akan bersama YAB Perdana Menteri dan percaya dengan “judgement call” Dato Sri’.

Akhirnya, berkaitan tarikh PRU tu bila, kita tunggulah PM bawa dulu ke YDPA. Soal dipersetujui atau tidak oleh YDPA tu, kita serahkan pada kebijaksanaan Tuanku.

MUHAMMAD B. NOOR AZMAN
KETUA PEMUDA UMNO KAPAR

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments