Wednesday, May 22, 2024
HomeLAPORAN KHASPELANCONGANLima tempat menarik yang wajib anda lawati sekiranya melancong ke Jepun

Lima tempat menarik yang wajib anda lawati sekiranya melancong ke Jepun

Lima tempat menarik yang wajib anda lawati sekiranya melancong ke Jepun.

1.Gunung Fuji

Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong.

Ia merupakan gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776 meter dan terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi di sebelah barat Tokyo.

Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji iaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu dan Tasik Shoji.

Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing.

Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos iaitu ketika musim panas.

Pendakian boleh memakan masa dari 3 hingga 7 jam sementara penurunan gunung mencapai sekitar 2 hingga 5 jam.

2.DisneySea Tokyo

DisneySea Tokyo atau dikenali Tokyo Disneyland ialah sebuah taman tema berkeluasan 115 ekar di Tokyo Disney Resort yang terletak di bandar Urayasu wilayah Chiba, Jepun.

Ia merupakan taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat dan dibuka sejak 15 April 1983.

Disneyland ini dibina oleh Walt Disney Imagineering dengan gaya yang sama seperti Disneyland di California dan Magic Kingdom di Florida.

Taman ini dibahagikan kepada tujuh kawasan yang berlainan tema iaitu World Bazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, Critter Country dan Mickey’s Toontown.

3.Akihabara dan Harajuku

Akihabara dan Harajuku adalah dua daerah membeli belah utama di Tokyo.

Akihabara merupakan kawasan membeli belah bagi barangan elektronik, komputer, anime, manga dan cosplay.

Harajuku adalah kawasan fesyen dan tempat paling sempurna untuk anda membeli pakaian yang tak akan dapat di mana-mana tempat di dunia.

Ia dipenuhi dengan kedai berjenama mewah dan juga kedai murah yang menjual pakaian dan aksesori terpakai.

Lokasinya termasuk sekitar Kuil Meiji, Taman Yoyogi, pusat beli-belah Jalan Takeshita (Takeshita-dori), pusat beli belah Laforet, dan Gimnasium Nasional Yoyogi.

4.Istana Matsumoto

Matsumoto merupakan sebuah bandar yang terletak di pusat Wilayah Nagano di Jepun.

Istana Matsumoto adalah salah satu lokasi terbaik bagi golongan yang sukakan sejarah, Matsumoto juga merupakan istana terakhir yang masih wujud di Jepun.

Istana ini dibina pada tahun 1500-an dan menempatkan 23 tamadun Feudal yang berbeza sepanjang hayat.

Waktu paling popular melawat istana ini adalah pada musim bunga kerana bunga ceri di sekeliling istana akan berkembang mekar dan sangat cantik.

Bahagian dalam istana pula diubah menjadi muzium yang mempamerkan senjata yang digunakan semasa pertempuran yang berlaku di perkarangan istana pada zaman dahulu.

5.Pulau Kucing (Aoshima)

Pulau Aoshima di kawasan Shikoku dikenali sebagai pulau kucing.

Tarikan terbesar pulau Aoshima adalah terdapat lebih daripada 100 ekor kucing yang tinggal di sana.

Pulau ini telah menjadi semakin popular sebagai destinasi pelancongan terutama di kalangan pencinta kucing.

Untuk ke Aoshima anda perlu menaiki feri perjalanan selama 45 minit dari pelabuhan Nagahama di Ozu City, Ehime wilayah yang terletak di hujung barat pulau Shikoku.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments