Thursday, May 30, 2024
HomeBERITALima juta penduduk tinggalkan Wuhan sebelum sekatan keluar masuk negara diumumkan

Lima juta penduduk tinggalkan Wuhan sebelum sekatan keluar masuk negara diumumkan

Kira-kira lima juta penduduk telah meninggalkan Wuhan sempena Festival Musim Bunga sebelum arahan sekatan keluar masuk negara akibat koronavirus diumumkan oleh pihak kerajaan China.

Datuk Bandar, Zhou Xianwang berkata, terdapat kira-kira sembilan juta orang masih berada di bandar raya itu yang kini berada di bawah pemerhatian, kira-kira 1,000 daripadanya mungkin akan menjadi kes yang disahkan.

“Kerajaan Pusat mengenakan arahan sekatan ke atas Wuhan dan beberapa bandar raya dengan harapan ia dapat menghentikan virus baharu itu daripada merebak ke bahagian lain di negara itu.

“Bagaimanapun, ramai yang telah meninggalkan bandar Wuhan untuk bercuti, sementara yang lain bergegas keluar sebaik sahaja arahan tersebut diumumkan pada Rabu lalu,” katanya

Terdahulu, Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, negara itu akan mengetuai kumpulan peringkat tertinggi dalam usaha melawan wabak koronavirus yang telah membunuh seramai 80 orang dan menjangkiti lebih daripada 2,700 yang lain.

Terdahulu, Menteri Kesihatan China, Dr Ma Xiaowei juga memberitahu bahawa usaha memerangi wabak berkenaan amat rumit disebabkan virus tersebut mampu merebak walaupun semasa tempoh inkubasi.

“Dari pemerhatian, virus ini mampu disebarkan walaupun semasa tempoh inkubasi yang berlaku sehingga 14 hari.

“Sesetengah pesakit mempunyai suhu normal dan terdapat banyak kes yang lebih ringan dan ada juga yang membawanya secara tersembunyi,” katanya.

Sementara itu, Beijing mengesahkan lima lagi kes termasuk seorang bayi berusia 9 bulan, sekali gus menjadi kes pertama melibatkan bayi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments