Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKerajaan China haramkan penjualan daging hidupan liar

Kerajaan China haramkan penjualan daging hidupan liar

Kerajaan China telah mengharamkan penjualan daging hidupan liar dan eksotik yang merupakan punca wabak coronavirus serta mengekang daripada tersebar.

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan pihak berkuasa kesihatan, dipercayai virus tersebut mula muncul melalui binatang eksotik yang dijual di pasar makanan laut, bandar Wuhan.

Berdasarkan laporan sumber melalui Xinhua, virus baharu itu kini mula tersebar yang telah meragut 80 nyawa di China dan 2,500 kes telah dilaporkan di seluruh dunia.

“Sebarang bentuk perdagangan hidupan liar akan dilarang sepenuhnya pada semua platform termasuk di pasar, tempat makan dan juga platform e-dagang.

“Sekatan penjualan itu berkuat kuasa semalam dan akan berterusan sehingga berakhirnya virus tersebut daripada menjangkiti manusia,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan mengarahkan semua tapak yang menjual haiwan liar untuk dikuarantin di samping melarang pengangkutan penjual agar peniaga berdegil tidak dapat menjual haiwan liar demi keuntungan diri sendiri.

“Mana-mana premis peniagaan yang melanggar larangan itu akan ditutup dan jika serius, kita akan serahkan kepada pihak polis kerana ia satu perbuatan jenayah

“Kerajaan tempatan harus meningkatkan pengawasan untuk mencegah pelanggaran larangan itu dan orang awam harus menyedari risiko kesihatan memakan haiwan liar,” katanya.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments