Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAWHO akui kesilapan laporan terdahulu, jelaskan Novel Coronavirus risiko global adalah sangat...

WHO akui kesilapan laporan terdahulu, jelaskan Novel Coronavirus risiko global adalah sangat tinggi

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menjelaskan risiko global terhadap Wuhan Coronavirus adalah tinggi sekali gus mengakui kesilapan laporan terdahulu yang menyatakannya sebagai sederhana.

Badan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata berdasarkan situasi yang dilaporkan setakat semalam, risiko adalah ‘sangat tinggi di China, tinggi di peringkat wilayah dan global’.

Dalam kenyataannya, WHO berkata, terdapat kesalahan dalam laporan terdahulu yang diterbitkan Khamis, Jumaat dan semalam yang mana ‘secara salah’ menjelaskan risiko global adalah ‘sederhana’.

Ditanya perincian lanjut, jurucakap WHO, Fadela Chaib, berkata ia hanya ‘kesalahan dalam susunan kata’.

Khamis lalu, WHO tidak mengisytiharkan virus itu bukan darurat kesihatan awam antarabangsa.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus yang melawat China minggu ini untuk membincangkan tindakan lanjut untuk membendung virus terbabit dilapor berkata: “Keadaan ini adalah darurat di China, tetapi bukan di peringkat global”.

Pendekatan berhati-hati WHO dapat dilihat menerusi konteks kritikan terdahulu susulan kelewatan atau terlalu gopoh dalam penggunaan istilah, ketika penularan virus pandemik H1N1.

Ketika penularan wabak itu, Agensi Kesihatan PBB dikritik kerana mencetuskan pembelian panik bagi vaksin susulan pengumuman penyebaran jangkitan itu menjangkau perkadaran pandemik, sekali gus mencetuskan kemarahan apabila virus itu dikenal pasti hampir tidak berbahaya. 

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceAFP
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments