Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA#LightItBlue , kempen hargai jasa ‘frontliners’ negara bermula malam ini

#LightItBlue , kempen hargai jasa ‘frontliners’ negara bermula malam ini

Pada Mac lalu, United Kingdom dan beberapa buah negara telah melancarkan kempen #LightItBlue dengan memasang lampu berwarna biru di beberapa lokasi dan bangunan ikonik.

Langkah ini dilakukan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada wira-wira di barisan hadapan yang bersabung nyawa mengorbankan masa dan tenaga bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Pemilihan warna biru merupakan warna rasmi bidang perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.

Menggunakan pendekatan yang sama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan juga turut akan melancarkan kempen yang sama mulai malam ini yang akan bermula jam 10.00 malam sehingga 1.00 pagi.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam kempen #LightItBlue yang akan berlangsung selama empat hari sehingga 3 Mei depan bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada wira-wira negara.

Tahukah anda? Pemilihan warna biru yang dimulakan oleh United Kingdom ini adalah kerana ia merupakan warna rasmi…

Dikirim oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada Selasa, 28 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments