Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAJom ubah cara penyediaan makanan lebih sihat

Jom ubah cara penyediaan makanan lebih sihat

Inilah pertama kali dalam sejarah umat Islam menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai mengambil kesempatan ‘percutian’ di rumah dengan memasak dan menyediakan sendiri juadah berbuka puasa. Namun, ada pula membuat pilihan menempah makanan dalam talian.

Walau apa pun cara anda, sebaiknya pastikan pilih makanan yang sihat cara penyediaannya agar kekal enak dan berkhasiat.

Menerusi laman media sosial Facebook @KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ada berkongsi cara penyediaan makanan lebih sihat yang disarankan melalui infografik mereka.

1. Masak lemak.

Adalah dicadangkan agar menukar penggunaan santan kepada susu rendah lemak. Selain dari lebih berkhasiat dan baik untuk keperluan kesihatan badan, rasanya tetap enak.

2. Penggemar makanan bergoreng boleh memilih untuk tidak menambah tepung sebagai salutan. Ayam goreng, sotong goreng atau udang goreng tanpa salutan tepung lebih asli dan solid rasanya.

3. Siapa yang boleh menolak sambal kan? Tambahan pula sambal tumis. Pastikan penggunaan minyak dikurangkan ya.

4. Pencuci mulut dan berbuka puasa memang tidak dapat dipisahkan. Berjenis-jenis kuih muih dan bubur terdapat di negara kita. Pilihan yang tiada atau kurang santan dan bergoreng adalah lebih sihat.

Berhati-hati dalam pengambilan makanan sepanjang Ramadan ini, supaya badan kekal sihat dan langsing pada hari Raya nanti.

Bagaimana caranya? Jom pilih makanan yang sihat dan berkhasiat.

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#kitaJagaKita

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Bulan Ramadhan atau bulan puasa ni, pelbagai makanan yang boleh diambil dengan cara yang sihat dan berkhasiat seperti…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 29 April 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments