Kementerian Pertahanan menerima sumbangan untuk Tabung Zakat ATM bagi tahun 2020 daripada Affin Islamic Bank bernilai RM300,000.
Replika cek sumbangan terbabit telah diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad, Ferdaus Toh Abdullah kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
PERNAMA Niaga Bhd. pula menyumbangkan 1,000 sarung tangan, 1,000 topeng muka dan 200 botol hand sanitizer kepada pihak ATM untuk kegunaan petugas barisan hadapan ATM yang terlibat dalam penugasan penguatkuasaan PKP.
Sumbangan berkenaan telah diserahkan oleh Pengerusi PERNAMA Niaga Bhd, Jeneral (B) Tan Sri Aziz Zainal.
Pihak ATM turut menerima sumbangan 100,000 keping topeng muka daripada Yayasan Ihsan Rakyat yang telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ihsan Rakyat, Dato’ Rozzana Dato’ Rahmat.
Manakala Yayasan Restu pula menyumbangkan 20,000 naskah Al-Quran untuk kegunaan warga ATM beragama Islam yang diserahkan oleh Pengerusi Yayasan Restu, Dato’ Abdul Latiff Mirasa.
Majlis Penyerahan Sumbangan Ehsan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sumbangan Ihya Ramadan kepada ketiga-tiga Markas Perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara) diadakan di Wisma Putra disamping melancarkan Tabung Infak Ramadan semalam.
Untuk rekod, Sumbangan Ehsan dari Tabung Zakat ATM adalah berupa barangan keperluan harian yang diberikan kepada warga tentera beragama Islam dan bukan Islam serta kakitangan awam yang dikategorikan sebagai asnaf serta anggota atau keluarga yang mempunyai penyakit kronik.
Jumlah penerima adalah seramai 1,330 dari seluruh Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM79,800.
https://www.facebook.com/350525301281/posts/10158736042236282/
Manakala Sumbangan Ihya Ramadan pula merupakan sumbangan kepada 60 masjid dan 227 surau ATM di seluruh negara dengan jumlah peruntukan sebanyak RM173,500.
Replika cek sumbangan diserahkan kepada ketiga-tiga Panglima Perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara), Ketua Staf Markas ATM dan Panglima Angkatan Bersama.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply