Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKKM terus terima sumbangan

KKM terus terima sumbangan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan juga beberapa syarikat di Ibu Pejabat KKM.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak MERCY Malaysia telah memberi sumbangan PPE sebanyak 10 ribu unit.

Ini merupakan inisiatif tambahan daripada kolaborasi bersama KKM yang telah terjalin sebelum ini merangkumi pemberian saringan kesihatan, joint hotline bersama KKM bagi kesihatan mental dan sumbangan lain seperti vantilator, patient monitor, thermal scanner dan makanan kepada petugas barisan hadapan.

Manakala syarikat Eco-Shop Marketing Sdn. Bhd. telah memberi sumbangan penutup hidung dan mulut sebanyak 500 ribu unit yang akan diedarkan ke fasiliti Kesihatan.

Selain itu, Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia juga telah memberi sumbangan tambahan dalam bentuk 10 ribu unit Face Shield.

Manakala 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd. juga memberikan sumbangan 2,000 unit Test Kit kepada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan.

KKM sentiasa menghargai segala sumbangan dan sokongan semua pihak yang turut sama membantu dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

Semoga sokongan padu ini dapat menyuntik semangat para petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min.

PUTRAJAYA, 29 April 2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 29 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments