Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITALebih banyak sekatan jalan raya di seluruh negara menjelang Ramadan

Lebih banyak sekatan jalan raya di seluruh negara menjelang Ramadan

Lazimnya setiap kali sebelum menjelangnya 1 Ramadan umat Islam di seluruh negara akan berpusu pusu pulang ke kampung bagi menyambut bulan penuh keberkatan bersama ibu dan ayah.

Walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh dan sesak, kebanyakan masyarakat amat teruja mahu pulang di kampung halaman bagi mengambil ‘mood’ bersahur, berbuka puasa dan berterawih bersama yang tersayang terutama pada hari pertama Ramadan.

PKP : RAMADAN DI RUMAH ATAU PENJARA?Buatlah pilihan yang bijak. Tepuk dada tanya hati. Jangan sia-siakannya….

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 19 April 2020

Memetik perkongsian dari laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), sudah pasti situasi dan suasana Ramadan pada kali ini sangat berbeza.

Umat Islam khususnya di Malaysia bakal menyambut bulan puasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah memasuki fasa ketiga.

Oleh kerana itu, kerajaan mengingatkan orang ramai agar tidak pulang ke kampung halaman dan hanya berada di rumah seperti yang diarahkan pihak berkuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian COVID-19 berkata pihak polis akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan berikutan ura-ura orang ramai ingin pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan bersama keluarga.

“Perlu diingatkan 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar PKP akan bermula beroperasi mulai 23 April 2020.

“Jadi orang ramai diberikan pilihan sama ada mahu menyambut Ramadan dengan selesa di rumah atau mungkin mahu merasai kelainan tahun ini dengan menyambutnya di penjara,” ujar beliau

Kepada warga Malaysia, usahlah berdegil ikutkan kemahuan hati dan perasaan.

Mahu ke anda berpuasa di penjara?

Tepuk dada tanya selera.

-THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments