Nilai kerugian cecah RM4.2 juta, PDRM pandang serius kes penipuan penjualan topeng muka

0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes penipuan penjualan topeng muka dilakukan secara online dan offline.

Dilaporkan sehingga hari ini kerugian akibat penipuan telah mencecah sehingga RM4.2 juta.

Tindakan tegas akan diambil terhadap kes-kes penipuan penjualan topeng muka dan PDRM meminta orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap modus operandi ini.

Untuk tidak menjadi mangsa penipuan, pembeli dinasihatkan membuat semakan akaun bank penjual sebelum membuat pembayaran menerusi portal ‘Semakmule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjual dalam talian di laman web biztrust.ssm.com.my.

PDRM akan mengambil tindakan tegas dan meminta orang ramai supaya lebih berwaspada berkaitan penjualan topeng muka.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Senin, 20 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply