Sunday, May 26, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 97 pulih, 36 kes baharu

COVID-19 : 97 pulih, 36 kes baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kes baharu positif COVID-19 pada hari ini (20 April).

Ini merupakan angka paling rendah direkodkan sejak kes pandemik ini dilaporkan berlaku dalam negara.

Jumlah terkini keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,425.

Jumlah pesakit discaj pula adalah seramai 98 orang, menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj meningkat kepada 3,295 kes.

Manakala, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 45 orang dimana 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan tiada kes kematian baharu pada hari ini.

Keseluruhan kes kematian di negara kita kekal sebanyak 89 kes.

Semoga perkembangan positif ini akan berterusan.

Ayuh warga Malaysia, terus patuhi arahan PKP dan semoga rantaian COVID-19 ini dapat dihapuskan.

Kita mesti menang!

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 20 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments