Monday, June 17, 2024
HomeBERITALapan tapak pembinaan tidak patuh SOP

Lapan tapak pembinaan tidak patuh SOP

Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) melaporkan telah membuat 120 pemeriksaan di tapak pembinaan pada 16 Mei lalu.

Daripada hasil pemeriksaan berkenaan, 15 tapak pembinaan mematuhi SOP manakala lapan lagi disabitkan kesalahan ketidakpatuhan SOP yang ditetapkan.

Selain itu, satu tapak pembinaan diarahkan tutup kerana melanggar SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan 96 tapak didapati masih tidak beroperasi.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga kini jumlah kumulatif pemeriksaan tapak pembinaan adalah sebanyak 4,183 yang mana 425 darinya mematuhi SOP dengan baik.

Manakala, 150 tapak binaan tidak patuh pada SOP dan telah diberi amaran serta lima tapak lain diarahkan tutup serta merta.

Sementara itu, pemeriksaan juga mendapati 3,603 tapak pembinaan masih tidak beroperasi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments