Monday, June 17, 2024
HomeBERITATip mudah rekod maklumat diri di premis perniagaan yang dikunjungi

Tip mudah rekod maklumat diri di premis perniagaan yang dikunjungi

Sejajar dengan saranan kerajaan, semua premis terutamanya premis perniagaan dikehendaki merekodkan maklumat nama dan nombor telefon setiap pelanggan yang datang berkunjung.

Inisiatif ini adalah untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesanan kontak sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di sesebuah lokasi.

Seperti yang sedia maklum, kebanyakan premis menyediakan sebuah buku serta pen untuk memudahkan pelanggan mencatat nama mereka sebelum dibenarkan masuk.

Namun tanpa kita menyedari keberangkalian jangkitan juga boleh terjadi apabila berlakunya perkongsian sentuhan kepada alat tulis terbabit.

Justeru, bagi mengurangkan sentuhan kepada alat tulis yang dikongsi anda boleh mencuba mengunakan handy stamp yang tertera nama dan nombor telefon sendiri.

Dengan menggunakan pendekatan ini bukan sahaja dapat memudahkan urusan harian malah secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Jadilah warga yang bijak! Mencegah lebih baik daripada merawati.

Kebanyakan premis kini memerlukan anda untuk mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum masuk ke premis.Untuk…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 16 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments