Thursday, October 17, 2024
HomeDUNIALamborghini milik pelakon Raffi Ahmad terbakar

Lamborghini milik pelakon Raffi Ahmad terbakar

Kereta Lamborghini kesayangan pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad terbakar.

Menurut laporan rasmi yang telah dimuatnaik di laman Youtube, Lamborghini jenis Avendator itu dipandu oleh pemandu peribadinya, Salim dikatakan tiba-tiba berasap dari bahagian belakang.

Kejadian berlaku di kawasan Sentul Selatan, Bogor, Jawa Barat.

Menurut Raffi sebelum kejadian kereta miliknya itu berada dalam keadaan baik danĀ  punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Tambahnya ketika kejadian pemandu peribadi Raffi sempat menyelamatkan nombor plat kereta serta beberapa barang penting sebelum ia merebak.

Walaupun sedih atas musibah yang berlaku Raffi Ahmad tetap redha dan bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

Kereta mewah bernilai jutaan ringgit itu kini berada di bengkel untuk diperiksa punca kebakaran yang berlaku.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments