Persoal status kelahiran dua anak lelakinya, Rita Rudaini lapor polis dan mahu bersemuka dengan netizen biadap

0

Pelakon Rita Rudaini bertindak tegas menyaman individu yang memberi komen kurang ajar kerana mempersoalkan status kelahiran anak lelakinya.

Rita telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan yang menggunakan akaun palsu dan memberikan komen negatif di laman Instagram miliknya.

Rita turut memuat naik beberapa paparan skrin pengguna akaun palsu yang menjadi perhatian pihak berkuasa.

Berikutan isu ini, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut peguam yang dilantik Rita Rudaini, Mohd Syakirin Syazwan berkata mengikut akta perundangan, mereka yang terbabit akan diberi tempoh selama 14 untuk hadir bersemuka dan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sekiranya individu berkenaan gagal untuk tampil dari sepanjang tempoh yang diberikan maka tindakan undang-undang bakal dikenakan.

Komen menghina dan memfitnah status sah taraf kedua-dua anaknya itu keterlaluan dan melampau dan tindakan menyaman individu terbabit disokong oleh para peminatnya.

Untuk rekod, Rita Rudaini Mokhtar pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan pada tahun 2008 dan bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan selama 5 tahun pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Leave a Reply