Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKesungguhan ustazah bersuara nyaring mengajar ilmu agama dikagumi netizen

Kesungguhan ustazah bersuara nyaring mengajar ilmu agama dikagumi netizen

Tugasan seorang guru bukanlah satu pekerjaan yang mudah.

Selain memerlukan kesabaran yang tinggi, teknik pengajaran juga penting agar ilmu yang disampaikan mudah diterima oleh para pelajar.

Dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa, setiap guru pasti ada cara dan kaedah pengajaran yang tersendiri.

Seperti perkongsian video berdurasi  3.08 minit ini telah tular di laman Facebook Bahan Aktiviti Prasekolah yang memaparkan seorang guru atau ustazah bersuara nyaring ketika mengajar.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=103586437732038&id=101037277986954&sfnsn=mo&d=n&vh=e

Ustazah yang memegang ‘flash card’ huruf Alif dan Ba mengajar murid-muridnya dengan intonasi suara yang tinggi dan berlagu.

Murid-muridnya pula kedengaran mengikut rentak alunan dan kad yang disusun oleh ustazah berkenaan.

Cara pengajaran dan pembelajaran yang unik nyata dikagumi oleh semua yang menonton video terbabit.

Kaedah pengajaran dan usaha ustazah berkenaan mengajar murid-muridnya dilihat begitu cekap dan berkesan.

Ketika kad itu dialihkan ustazah dapat mengingati tanpa melihat susunannya.

Bak kata pepatah “alah bisal tegal biasa”.

Rata rata di ruangan komen pula ada yang berseloroh “Klu mcm gini punya lantunan suara…. masa ke2 & ke 3…. suara dah hilang????” , “Seronoknya dpt cikgu atau ustazah Mcm ni.kompem xngantuk n kompen xcukup bekalan air minum yg dibawa Dr rumah????” antara komen yang diberikan oleh warganet.

Video berkenaan setakat ini sudah pun mendapat lebih enam ribu perkongsian dan lebih 200 ribu jumlah tontonan.

Semoga Allah SWT memberkati usaha Ustazah serta semua guru di Malaysia.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments