Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAVIRALLagu Mimpi nyanyian gadis Tawau pukau pelayar Twitter

Lagu Mimpi nyanyian gadis Tawau pukau pelayar Twitter

Tular di laman media sosial berkenaan seorang gadis kelahiran Tawau, Sabah, bernama Shazlin Salamat yang menyanyikan (cover) lagu Mimpi dari kumpulan K-Clique.

Video berdurasi 1.36 minit itu memaparkan Shazlin menyanyikan lagu berkenaan bersama peralatan muzik iaitu ukelele.

Menurutnya, dia hanya belajar sendiri cara memainkan ukelele.

Video terbabit menjadi trending di Twitter apabila lagu versi Mimpi nyanyian Shazlin ini lebih sedap di dengar berbanding nyanyian kumpulan K-Clique.

Di samping itu, pelayar Twitter turut bersetuju kemerduan suara Shazlin seolah-olah sama seperti penyanyi Yuna.

Di ruangan komen pula, warga twitter sempat bertanya kord yang digunakan olehnya dan Shazlin memberitahu hanya menggunakan kord “Am”, “Em” dan hanya mengulangi kord itu berulang kali.

Shazlin sering berkongsi video nyanyiannya di laman media sosial miliknya dan kesemua perkongsiannya mendapat rating tontonan yang tinggi.

Setakat ini video nyanyian lagu Mimpi telah mendapat 398,000 jumlah tontonan, lebih 18,000 ulang kicau dan 32,500 tanda suka.

Untuk rekod, pada tahun 2010 Shazlin adalah peserta finalis Idola Kecil bersama Harris Alif, Balqis dan Hadi.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments