Lagi kes buli dan pukul, polis jejak dua remaja perempuan

0

Apa sudah jadi.

Lagi kes buli dan pukul membabitkan remaja.

Polis Kelantan sedang mengesan dua remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian memukul seorang gadis dalam kejadian dikatakan berlaku di Tanah Merah, Kelantan.

Dalam video tular sejak semalam itu, mangsa yang dipercayai berusia belasan tahun ditolak dan disepak berkali-kali oleh dua remaja terbabit.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan, tetapi dimaklumkan ia berlaku di daerah ini.

 

“Mangsa juga masih belum dikenal pasti dan kita sedang berusaha mengesan semua mereka terbabit,” katanya.

Dalam video berdurasi 50 saat itu, seorang remaja perempuan dilihat menolak dan kemudian menyepak mangsa beberapa kali.

Mangsa yang tidak melawan kemudiannya dipukul seorang lagi remaja lain dan menerusi audio rakaman itu juga, video itu dibuat untuk mengugut mangsa.

DSP Zainuddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut walaupun tidak menerima laporan kes berkenaan.

Leave a Reply