KPM pinda jadual penggal persekolahan, cuti akhir tahun dipendekkan

0

Terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan akan dibuka semula pada 24 Jun melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Sehubungan itu, KPM telah meminda takwim penggal persekolahan tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pelajaran dan pembelajaran murid.

Antara pindaan yang dibuat ialah cuti pertengahan penggal kedua dikurangkan dari sembilan hari kepada lima hari. Ini melibatkan kedua-dua kumpulan A dan B.

Manakala cuti akhir tahun bagi kumpulan A dikurangkan dari 42 hari kepada 14 hari.

Begitu juga kumpulan B disingkatkan dari 41 hari kepada 13 hari.

Kumpulan A melibatkan pelajar dari negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pelajar dari Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) jatuh dalam kumpulan B.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply