Ingkar PKPP, tiga direman, 12 dikenakan kompaun

0

Task Force melaksana 63,335 pemeriksaan semalam (22 Jun) memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kira-kira 3,505 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan melibatkan 15,436 anggota.

PDRM juga telah menahan 15 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

Daripada jumlah berkenaan, tiga individu telah direman dan 12 lagi dikenakan kompaun.

Antara kesalahan ingkar PKPP yang direkodkan adalah termasuk aktiviti refleksologi atau urut (5 individu) dan aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (10 individu).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply