Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAElews Mart tawar peluang pekerjaan

Elews Mart tawar peluang pekerjaan

Penceramah bebas terkenal negara, Ustaz Ebit Lew melangkah maju ke hadapan akan membuka 10 cawangan Elews Mart yang kini sedang dalam proses pengubahsuaian dan dijangka beroperasi pada pertengahan Julai ini.

Berkongsi berita gembira terbabit di laman media sosial Facebooknya @Ebit Lew, beliau menyatakan perniagaan terbaharunya itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu supermarket ElewsMart, restoran Paramount Coffee House dan butik Elews.

Menurutnya, tujuan penubuhan premis ini selain dari memberi tawaran barangan pada harga rendah terutama buat mereka yang kurang berkemampuan dan juga membuka peluang pekerjaan.

“Hari-hari saya buat training. Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan.

“Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan, tanpa mengira bangsa dan agama kerana kita sebuah keluarga,” ujarnya lagi.

Bersyukur dan sebak dengan layanan baik pengilang dan ‘distributor’ Nestle, beliau menzahirkan rasa terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi.

Pembukaan cawangan bermula di sekitar lembah Klang iaitu Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Dalam pada itu beliau memohon doa orang ramai agar pembukaan perniagaannya berjalan lancar dan niat ingin membantu mereka yang memerlukan kesampaian.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Tuhan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang…

Posted by Ebit Lew on Tuesday, 23 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments