Thursday, June 20, 2024
HomeBERITASporting habis! Apabila pemilik Mydin pun layan Tik Tok

Sporting habis! Apabila pemilik Mydin pun layan Tik Tok

Strategi pemasaran amat penting dalam usaha memperkenalkan jenama dan meraih penjualan yang menguntungkan.

Walaupun perniagaan telah kukuh dan penjualan produk sentiasa meningkat, promosi berterusan perlu dikekalkan agar pelanggan sentiasa mendapat info promosi terkini sekaligus kekal menjadi pelanggan setia.

Menerusi platform media sosial Facebook, perkongsian rakaman video pemilik rangkaian perniagaan terkenal Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin yang turut sama turun padang mempromosikan jualan di premis perniagaannya nyata menarik perhatian netizen.

Bukan kaedah promosi biasa ya, dengan gaya selamba dan ‘sporting’, beliau bersama kakitangannya mempromosikan produk jualan melalui cabaran yang sedang viral melalui aplikasi Tik Tok antaranya ‘Sunglasses Drop Challenge’, ‘Wipe It Down Challenge’.

Menari, melompat dan mengelap cermin dengan wajah terkejut, comel saja gayanya mengikut rentak lagu!

Sporting juga Datuk ya! 🕺🏻

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Bila Boss2 MYDIN main TIKTOK 😂 Sporting habis sambil buat marketing haha#mydinmalaysia

Posted by Lurve VLash on Sunday, 21 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments