Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAKLUSTER SIVAGANGGA : Tiga kes baharu dikesan

KLUSTER SIVAGANGGA : Tiga kes baharu dikesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tiga lagi kes baharu yang dikesan di Kluster PUI Sivagangga setakat hari ini dan seramai 1,647 individu telah disaring dalam kluster ini.

Daripada jumlah terbabit, direkodkan sebanyak 24 kes dikesan positif COVID-19, 754 negatif manakala 869 lagi masih menunggu keputusan.

Pecahan warganegara bagi kes positif kluster ini adalah melibatkan 19 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara.

Menurut rekod, tiga kes baharu yang telah dikesan dalam Kluster PUI Sivagangga dikenalpasti melalui saringan kontak rapat kes positif kluster adalah kes generasi kedua dan kedua-dua daripada kes-kes berkenaan berkontak rapat kepada kes ke-9000 di mana kedua-duanya adalah anak kepada kes tersebut (iaitu kes ke-9021 dan kes ke-9022).

Seorang daripada anak individu terbabit telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 30 Julai lalu namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.

3 kes baharu dikesan di Kluster PUI Sivagangga.Sehingga 5 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,647 orang telah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 05 Agustus 2020

Kes ketiga (iaitu kes ke-9023) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-8976 dan telah mengalami gejala demam serta gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos yang kemudiannya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim.

Rentetan kes terbabit, terdapat mesej palsu mula tular berkaitan kes ini yang memaparkan maklumat terperinci kawasan yang dilawati individu ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan mesej palsu kerana ianya tidak tepat.

Tindakan pengesanan kes secara aktif akan diteruskan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.

Ketiga-tiga kes baharu ini dikesan positif pada 4 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments