Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPenambahbaikan SOP hadapi PRK DUN Slim

Penambahbaikan SOP hadapi PRK DUN Slim

Kerajaan memutuskan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan menggunakan SOP yang sama seperti yang digunapakai ketika PRK Chini dengan beberapa penambahbaikan.

Bilik Gerakan Parti dan Bilik Gerakan Kecil akan dibuka sepanjang tempoh pilihanraya termasuk hari mengundi dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), umum Menteri Kanan Keselamatan hari ini.

Walau bagaimanapun, jelas beliau Bilik Gerakan ini perlu didaftarkan terlebih dahulu dengan pihak SPR untuk memudahkan proses pemantauan, manakala bagi aktiviti kempen dan ceramah hanya dibenarkan dilaksanakan di kawasan yang tertutup atau di kawasan berpagar sahaja.

“Jumlah kehadiran perlu mengikut keluasan kawasan dengan tidak melebihi 250 individu pada satu-satu masa.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi waktu keluar mengundi mengikut ketetapan SPR bagi mengelak berlakunya kesesakan.

“Berhubung perkara ini pihak SPR akan mengadakan perbincangan bersama wakil politik mengenai Garis Panduan PRK,” kata Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 05 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments