Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAPengawal keselamatan mangsa pukul beri keterangan

Pengawal keselamatan mangsa pukul beri keterangan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan siasatan kes pukul pengawal keselamatan warganegara Nepal yang tular pada 31 Julai lalu.

Dalam kenyataan terbabit beliau berkata Polis Wangsa Maju telah bekerjasama dengan pihak Kedutaan Nepal mengenai kejadian ini.

Menurutnya mangsa berumur 26 tahun terbabit juga telah hadir ke IPD Wangsa Maju untuk membuat laporan semalam (5 Ogos) pada jam 5.30 petang.

“Keterangan lengkap kejadian telah diambil oleh pegawai penyiasat kes dan mangsa telah memberikan kerjasama yang penuh bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan kini dalam proses akhir dilengkapkan sebelum dimajukan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk arahan lanjut,” jelas beliau.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH WANGSA MAJU BERKENAAN PERKEMBANGAN KES PUKUL PENGAWAL KESELAMATAN WARGANEGARA NEPAL.

Dikirim oleh Polis KL pada Rabu, 05 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments