Tuesday, July 23, 2024
HomeBERITAKJ bagi laluan pada Tok Mat, tak bertanding di Rembau

KJ bagi laluan pada Tok Mat, tak bertanding di Rembau

Kuala Lumpur, 4 Sept – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akur dengan arahan parti  dan mengakui bakal ‘berpindah’ ke kawasan Parlimen lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Menurutnya, ini susulan kerusi yang disandang Menteri Kesihatan itu sejak tiga penggal lalu diberi kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan hasrat untuk bertanding di situ.

“Tok Mat (Mohamad Hasan) ada beritahu yang dia mahu bertanding di Rembau. Jadi sebagai orang parti, Timbalan Ketua Bahagian Umno Rembau perlu akur dengan arahan itu.

“Tapi saya masih tidak tahu kawasan mana untuk bertanding kerana saya hanya fokus kepada kawasan sendiri dan tidak mahu kacau kawasan orang lain,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022, di Dataran Projek Perumahan Rakyat Seri Alam 2, di sini, hari ini.

Katanya, beliau akur jika namanya tidak dicalonkan Umno untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15 akan datang.

“Saya akan mencari kawasan lain yang mahukan saya tapi masih belum dipastikan lagi kawasan mana setakat ini.

“Tidak pernah terfikir untuk bertanding di tempat lain dan sekarang tengah berusaha jika ada tempat yang mahukan saya.

“Saya ikut apa yang pucuk pimpinan parti tetapkan termasuk menerima kalau tidak dibenarkan bertanding,” katanya.

Semalam Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Penyandang kerusi DUN Rantau sejak tahun 2004 itu optimis mahu mempertahankannya dan yakin pengundi di situ, yang mencerminkan imbangan penduduk berbilang kaum di Malaysia, akan terus memberi sokongan kepada BN.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments